Monday, March 30, 2009

ELEMEN VIDEO DALAM MULTIMEDIA

VIDEO…

Video ialah kombinasi audio dan siri bingkai imej dalam bentuk digital secara selari yang berasaskan masa. Menyediakan kaedah penyaluran maklumat yang amat menarik serta merupakan elemen atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Ia juga sebagai penyimpan maklumat dan sumber rujukan yang berkesan.


Video di TV ialah video analog direkod secara magnetik dalam pelbagai tape format seperti VHS. Signal analog berasal daripada proses encoding serta piawaian untuk signal vedio ialah encoding dan decoding oleh NTSC. Video menyediakan sumber yang meluas dan berguna untuk aplikasi multimedia. Teknik pemampatan video menggunakan dua teknik asas iatitu interfram, mampatan berlaku antara fram dan intrafram, mampatan berlaku dalam fram. Terdapat 5 jenis video yang digunakan sebagai objek pautan dalam aplikasi multimedia iaitu :

1) Live Video Feeds
Merupakan objek masa nyata yang menarik sebagi pautan dalam aplikasi multimedia. Diambil dalam masa yang nyata dan sama. Contoh, Perlawanan bola sepak secara langsung

2) Video Tape
Penggunaan yang kurang meluas pada masa kini – 2003. Memerlukan satu pemain CVR untuk dimainkan dan banyak dijual atau disewa di kedai-kedai. Boleh dijadiakn sebagai objek pautan multimedia.Terdapat 2 faktor limitasi iaitu secara linear dan pemain video tape bukan kawalan komputer.

3) Videodisc
Format bagi videodisc ini terbahagi kepada 2 iaitu CAV dan CLV. CAV boleh menyimpan data sehingga 54,000 fram pegun. CLV boleh menyimpan data sehungga beberapa jam video untuk setiap permukaan disk serta mempunyai capaian rawak yang cepat dan keperluan minima untuk dicapai oleh komputer multimedia.

4) Digital Video
Digunakan pada rangkaian komputer.Pemprosesan yang berkeupayaan tinggi boleh memainkan video denagn skrin penuh tanpa alatan sokongan lain. Kualiti filem lebih baik.

5) Hipervideo

Mempunyai soundtrack dan dimainkan berulang kali.Video dibenarkan untuk dimainkan secara selari dengan persembahan multimedia, dirujuk sebagai hipervideo

Piawaian video terbahagi kepada 4 iaitu :
1) NTSC
- Digunakan di US dan Jepun
- Terdapat dua medan
- Imej dipapar menerusi 2 passess ( setiap passess selama 1/60 saat)
- Monitor komputer gunakan teknologi ‘progressive-scan’

2) PAL
- Digunakan di Eropah, UK, Australia, Afrika Selatan dan Asia
- 50 field / saat
- 25 fram / saat
- 625 garisan / frame

3) SECAM
- Digunakan di Perancis dan Rusia
- Ada memori dan berwarna
- Berbeza dengan PAL dan NSTC pada teknologi dan teknik penyiaran
- 625 garisan / fram
- 50 field / saat

4) HDTV
- Merupakan teknologi baru
- Ratio 16.9 ( 1280 x 720 )

CONTOH VIDEO

ELEMEN AUDIO DALAM MULTIMEDIA

CONTOH AUDIO

CONTOH GELOMBANG BUNYI ANALOG



Audio ialah gelombang bunyi yang boleh ditafsir oleh telinga manusia. Ia Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar. Ia dapat meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan berupaya meningkatkan daya tumpuan terhadap isi persembahan. Kualiti bunyi bergantung kepada frequency – hertz (hz) dan loudness – decibel (Db).

Audio terbahagi kepada dua iaitu mono dan stereo. Mono merupakan bunyi kepada satu saluran sahaja, kurang realistik dan kurang bunyi. Manakala stereo merupakan bunyi kepada dua saluran, realistik, berkualiti serta bersaiz dua kali dari mono. Pengiraan saiz fail bergantung kepada masa rakaman, kadar sampel, bit sampel, mono atau stereo.

Terdapat 5 jenis audio yang digunakan dalam multimedia iaitu :

1) Audio


Digunakan untuk merakam bunyi yang didengar. Bentuk gelombang pada bunyi menerangkan tentang amplitude, frekuensi dan kandungan yang harmoni.Format fail audio ialah wave.

2) Midi
Kemudahan yang efisien untuk merakam muzik. Merakam maklumat persembahan dalam chip sound pada komputer untuk memainkan muzik. Terdapat MIDI kod untuk mengubah suai muzik menjadi perlahan, kuat, tukar kualiti dan tambah kesan bunyi. Kebaikan Midi ialah mempunyai fail yang lebih kecil dan padat, kualiti muzik yang bermutu serta mudah untuk melakukan ubahsuai fail. Kelemahan Midi pula tidak boleh digunakan untuk memainkan dialog perbualan.

3) Audio Cakera Padat.
CD audio boleh menyimpan data selama 75 minit dengan kadar sampling 44,100 sampels per saat. Keupayaan cepat untuk merakam video. Banyak digunakan untuk lagu yang dirakam dan berkualiti.

4) MP3
Format fail audio yang boleh menggunakan codec audio MPEGuntuk enkod dan dekod muzik yang dirakam.Boleh mampat track audio CD dalam saiz yang kecil. Pemain MP3 untuk memainkan fail MP3.

5) HiperAudio
Dimainkan secara berulang kali. Audio dibenarkan untuk dimainkan secara selari dengan persembahan multimedia, dirujuk sebagai hiperaudio.

ELEMEN GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

CONTOH GRAFIK

Grafik merupakan elemen yang paling penting dan memberi penekanaan secara visual terhadap sesuatu persembahan maklumat. Merupakan penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar untuk diterangkan oleh teks. Membantu mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan serta menjadikan lebih menarik.Grafik dikenali sebagai objek pautan yang selalu dilihat sebagai latar belakang kepada teks. Kualiti projek multimedia bergantung kepada gambar grafik. Di dalam grafik terdapat beberapa format fail seperti bmp, gif, jpg, mac, png dan sebagainya.


5 jenis grafik :
1) Bitmaps
Gambar yang disimpan sebagai satu set gabungan piksel yang disusun dalam titik grid pada skrin komputer.Selalu digunakan untuk gambar yang realistik dan lukisan yang kompleks. Setiap piksel mempunyai ciri-ciri mendatar, menegak, warna dan kecerahan. Setiap piksel ini disimpan sebagai bit.Bitmaps boleh dicipta dengan kaedah seperti melakarkan imej menggunakan perisian lukisan, mengimbas gambar bitmap dan muat-turun imej melalui web, imej dalam program lain.Kualiti imej bergantung kepada peleraian imej, bit dan monitor. Perubahan pada saiz imej akan menyebabkan perubahan pada kualiti imej.

2) Vektor
Menyimpan satu set persamaan matematik yang dipanggil algoritma yang menakrifkan lengkungan, garis lurus dan bentuk sesuatu gambar. Boleh mencipta grafik 3 Dimensi. Apabila membesar atau mengecilkan imej tidak akan mengubah kualiti imej.Saiz failnya kecil dan mudah muat-turun daripada internet.

3) Klip Art
Merupakan ilustrasi elektronik yang boleh dimasukkan pada dokumen.Menjimatkan masa dan sesuai digunakan untuk projek multimedia

4) Gambar Digital
Gambar foto, gambar daripada buku boleh didigitalkan seluruhnya dan dipautkan ke dalam projek multimedia

5) Gambar Hiper
Imej yang dijadikan sebagai pemancu untuk dipautkan kepada teks, grafik, sound, atauvideo pada komputer atau alamat web.Mempunyai konsep hiperteks.Pemacu boleh mempunyai saiz dan bentuk yang berbeza.

Terdapat beberapa perisian grafik iaitu :
1) Paint Program
Membenarkan penciptaan imej bebas, imej di simpan dalam bentuk bitmap dan mudah untuk di edit.
2) Program Ilustrasi / Rekabentuk
Paint program yang lebih baik dengan ciri-ciri tambahan diwujudkan. Imej dismpan dalam bentuk vektor.

3) Perisian Grafik Persembahan
Membenarkan penciptaan carta bar, carta paid an imej untuk tujuan persembahan.
4) Perisian Animasi
Membenarkan proses penyusunan imej secara bersiri untuk menunujukan pergerakan.
5) Perisian CAD
Keperluan kepada arkitek dan jurutera untuk mereka bentuk bangunan dan sebagainya.

6) Penerbitan Atas –Meja
Menyediakan ciri-ciri pemprosesan perkataan yang lengkap dengan kemudahan teksserta grafik untuk penghasilan dokumen, kulit buku, pengiklanan dan sebagainya.

Friday, February 20, 2009

CONTOH TULISAN



CONTOH TULISAN BLACKADDER ITC






CONTOH TULISAN LUCIDACALLIGRAPHY




CONTOH TULISAN BERLIN SAN FB


CONTOH TULISAN ALGERIAN

CONTOH TULISAN TEMPUS SANS ITC

Friday, February 6, 2009

ELEMEN TEKS DALAM MULTIMEDIA






















TEKS

Merupakan elemen asas bagi menyampaikan maklumat. Memberi penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan. Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian maklumat. Kebanyakan sistem multimedia menggunakan teks kerana ianya merupakan cara efektif untuk komunikasi, cara yang mudah untuk menyediakan arahan kepada pengguna, dapat menyampaikan maklumat dalam pelbagai bidang dan merupakan medium penghantaraan maklumat.

Teks terdiri daripada empat iaitu teks bercetak, teks yang diimbas, teks elektronik dan hiperteks. Dalam aplikasi multimedia, teks akan menjelaskan maklumat yang diperlukan. Kewujudan teks akan diperjelaskan lagi dengan penggunaan elemen multimedia yang lain dan ianya adalah elemen yang cukup penting. Teks boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk untuk menarik minat pengguna seperti grafik, animasi, tajuk dan sebagainya. Persembahan teks kepada pengguna adalah bergantung kepada tujuan dan bilangan pengguna.

Tuesday, February 3, 2009

PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG

Dalam era globalisai kini penggunaan teknologi semakin meluas terutamanya di dalam bidang teknologi media. Sebagaimana yang kita lihat pada hari ini, pelbagai aplikasi multimedia yang telah digunakan seperti dalam bidang pendidikan hiburan, belian atas talian, pengiklanan, penerbitan elektronik, perubatan,politik dan kerajaan Multimedia merupakan satu teknologi yang menggabungkan pelbagai sumber maklumat media seperti teks, grafik, bunyi dan sebagainya.Maklumat ini dapat disampaikan dan dikawal oleh sistem komputer secara interaktif.


Elemen-elemen multimedia terdiri daripada teks, grafik, audio, video dan animasi. Teks merupakan asas utama bagi penyaluran informasi yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan seperti times new roman, comic sans dan sebagainya lagi. Ia juga memberi penekanan bagi suatu isi kandungan yang ingin disampaikan. Contohnya tulisan bewarna merah sebagai tanda amaran. Grafik bermaksud sebagai gambar yang digunakan untuk memberi penekanan visual dalam sesuatu persembahan, serta membantu dalam menerangkan sesuatu informasi secara lebih berkesan. Audio pula dikenali sebagai bunyi digunakan untuk membantu penyampaian maklumat dengan lebih berkesan serta membantu meningkatkan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan. Video menyediakan kaedah penyaluran informasi yang amat menarik dan hidup dan merupakan sumber media yang paling dinamik serta efektif dalam penyaluran informasi. Animasi berperanan bagi menceriakan lagi persembahan sesebuah informasi.


Empat sifat penting produk multimedia ialah maklumat dipersembahkan melalui komputer di mana pengguna boleh melihat, mendengar, bertindakbalas dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia dikatakan bersifat Polymedia atau Mixed Media. Kedua, polymedia merupakan persembahan maklumat tanpa dikawal oleh sistem komputer. Tetapi ia terdiri daripada gabungan beberapa peralatan bantuan media seperti siaran televisyen, radio, buku teks dan sebagainya. Produk multimedia mestilah mempunyai hubungan. Ia membenarkan pengguna bergerak daripada satu ke satu tempat yang lain pada bila-bila masa dengan dibantu oleh struktur dan dimensinya yang tersendiri.


Selain itu, mestilah mempunyai sifat navigasi, di mana navigasi merupakan sebarang ikon, butang, “hot spot” atau peralatan yang aktif. Aktif di sini bermaksud ikon ataupun butang tersebut berupaya untuk menghubungkan pengguna dalam produk multimedia tersebut seperti halaman web. Cara persembahan maklumat juga bersifat interaktif. Di mana pengguna boleh berinteraksi dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Dengan adanya multimedia ini ia dapat memudahkan carian sesuatu maklumat, jimat masa, jimat kos, menarik serta efektif


PENGGUNAAN MULTIMEDIA DI DALAM BIDANG HIBURAN

Animasi ialah paparan pantas susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan. Animasi ialah sejenis ilusi optik pergerakan disebabkan kejadian penerusan penglihatan dan boleh dihasilkan dan didemonstrasi dalam pelbagai cara. Kaedah persembahan animasi yang paling laris ialah sebagai program wayang gambar atau video
. Namun juga terdapat cara-cara lain untuk mempersembahkan karya animasi.

Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik. Ianya juga merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik. Animasi merupakan antara elemen multimedia yang paling diminati serta mendapat perhatian ramai kerana ianya mampu menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam realiti. Ianya juga membolehkan sesuatu yang agak sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej-imej statik disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan maklumat juga dapat menceriakan proses penyampaiannya. Ia juga membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik berbanding penggunaan teks semata-mata.

Di samping itu, animasi juga mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian para penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan. Animasi berperanan bagi menceriakan lagi persembahan sesebuah informasi, membantu untuk menerangkan sesuatu konsep yang kompleks dengan mudah serta mampu menarik perhatian pengguna dengan mudah. Kewujudan animasi dalam sebuah Web akan menambah kesan hidup dan penggunaannya akan membuatkan Web memerlukan waktu yang lebih lama untuk di muat turun. Web sangat sesuai dalam penggunaan animasi.

Penggunaan animasi tidak hanya berupa gambar yang bergerak. Tapi juga boleh dalam bentuk video. Animasi, seperti media-media lain mempunyai peranan yang tersendiri dalam bidang pendidikan khususnya bagi membantu meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan antara beberapa kepentingan atau kelebihan animasi sekiranya digunakan dalam bidang pendidikan iaitu animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik. Ini membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenaisuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipetakan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman.

Selain itu, animasi digital mampu menarik perhatian pelajar dengan mudah. Ianya juga mampu menyampaikan sesuatu mesej dengan lebih pantas berbanding penggunaan media yang lain. Pelajar juga mampu memberi tumpuan yang lebih lama kepada media yang bersifat dinamik berbanding media yang bersifat statik. Ini jelas dengan adanya animasi di dalam multimedia ia dapat membantu masyarakat dalam penggunaanya.

PENGGUNAAN MULTIMEDIA DI DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenal serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbentukan computer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian ramai.

Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan potensi besar dalam mengubah cara seseorang belajar. Cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebaginya. Ia juga memberi peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran. Sumber maklumat serta rujukan bukan lagi terikat dengan teks dari buku semata-mata tetapi lebih luas dari itu.


Kewujudan teknologi multimedia menerusi internet menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah dan pantas. Kehadiran komputer serta teknologi moden yang berkaitan dengannya di dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud di dalam pembelajaran tradisi.


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam berbentukan computer, penggunaan computer adalah menumpu kepada cara dan strategik persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat. Teks isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan dengan menggunakan media-media yang lebih menarik.


Oleh itu jelas perkembangan dalam teknologi multimedia yang tidak dapat disangkalkan lagi kepentingannya. Teknologi ini semakin popular dan digunakan dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung.
Dunia pendidikan juga tidak terkecuali dari merasai bahang dari teknologi tersebut dan ianya semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Oleh yang demikian, setiap pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan sama ada sebagai pendiddik, pelajar, pentadbir dan sebagainya haruslah bersedia untuk bergerak seiring dengan arus perkembangan teknologi tersebut. ini bagi memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan tidak ketinggalan dan seterusnya mungkin tidal lagi relevan dengan keperluan masyarakat semasa.

Tuesday, January 6, 2009

ASSALAMUALIKUM.......






HAI......APA KHABAR!!!!!!!!







Nama diberi oleh keluarga Norsyahirah binti Abdul Sarji.Saya merupakan anak pertama daripada lima adik beradik. Nama timbangan dalam keluarga along dan kawan-kawan memanggil saya syirah. Saya dilahirkan di sebuah hospital yang perlu menyeberangi lautan iaitu Hospital Pulau Pinang.Di lahirkan pada pukul 5.65 pagi pada tanggal 22 Disember 1985 dan sekarang sudah berumur 24 tahun.Saya di besarkan di Kulim, Kedah yang beralamat No 18 lorong 14/3,Taman Selasih,09000 Kulim Kedah Darul Aman.Mempunyai kedua ibu bapa yang penyayang, ambik berat dan bertanggungjawab.

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sri Kulim, Kulim dan menyambung pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah, Kulim.Kemudian saya mengambil tingkatan 6 rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi selama enam bulan.Alhamdulilah dalam bulan Mac 2004, saya dapat melanjutkan pengajian di peringkat diploma di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah,Kulim selama 3tahun di program akauntansi. Pada tahun 2008 saya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dalam program Komunikasi di Universiti Utara Malaysia Sintok Kedah. Sekarang saya berada di semester 3 dan insyallah akan tamat pengajian pada tahun 2010.Sudah menjadi takdir tempat pembelajaran saya di negeri kedah.Tidak sabar rasanya saya nak tamat pembelajaran kerana saya mahu bekerja dan mambalas jasa kedua ibu bapa saya.


Hobi saya pada masa lapang ialah membaca novel, melayari internet dan melancong. setiap tahun saya dan keluarga akan meluangkan masa untuk bercuti bersama. Bagi saya dengan cara ini saya dapat mengeratkan lagi hubungan silatulrahim. Selain itu saya juga suka bermain badminton bersama adik-adik dan sukan seperti ini dapat menyihatkan badan.Makanan kegemaran saya ialah koteow goreng dan suka minum air tembikai. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah dan ini merupak impian saya dari kecil lagi. selepas tamat ijazah, saya bercadang untuk menyambung pengajian di KUITHO untuk mengambil master pendidikan. Saya amat berharap agar impian saya ini dapat di kecapi. sebelum saya mengakhiri blog ini, saya amat berterima kasih kepada sesiapa yang sudi melayari blog saya ini. salam perkenalan dan semoga Kita berjumpa lagi di lain ruangan....assalamualaikum...