Elemen-elemen multimedia terdiri daripada teks, grafik, audio, video dan animasi. Teks merupakan asas utama bagi penyaluran informasi yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan seperti times new roman, comic sans dan sebagainya lagi. Ia juga memberi penekanan bagi suatu isi kandungan yang ingin disampaikan. Contohnya tulisan bewarna merah sebagai tanda amaran. Grafik bermaksud sebagai gambar yang digunakan untuk memberi penekanan visual dalam sesuatu persembahan, serta membantu dalam menerangkan sesuatu informasi secara lebih berkesan. Audio pula dikenali sebagai bunyi digunakan untuk membantu penyampaian maklumat dengan lebih berkesan serta membantu meningkatkan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan. Video menyediakan kaedah penyaluran informasi yang amat menarik dan hidup dan merupakan sumber media yang paling dinamik serta efektif dalam penyaluran informasi. Animasi berperanan bagi menceriakan lagi persembahan sesebuah informasi.
Empat sifat penting produk multimedia ialah maklumat dipersembahkan melalui komputer di mana pengguna boleh melihat, mendengar, bertindakbalas dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia dikatakan bersifat Polymedia atau Mixed Media. Kedua, polymedia merupakan persembahan maklumat tanpa dikawal oleh sistem komputer. Tetapi ia terdiri daripada gabungan beberapa peralatan bantuan media seperti siaran televisyen, radio, buku teks dan sebagainya. Produk multimedia mestilah mempunyai hubungan. Ia membenarkan pengguna bergerak daripada satu ke satu tempat yang lain pada bila-bila masa dengan dibantu oleh struktur dan dimensinya yang tersendiri.
Selain itu, mestilah mempunyai sifat navigasi, di mana navigasi merupakan sebarang ikon, butang, “hot spot” atau peralatan yang aktif. Aktif di sini bermaksud ikon ataupun butang tersebut berupaya untuk menghubungkan pengguna dalam produk multimedia tersebut seperti halaman web. Cara persembahan maklumat juga bersifat interaktif. Di mana pengguna boleh berinteraksi dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Dengan adanya multimedia ini ia dapat memudahkan carian sesuatu maklumat, jimat masa, jimat kos, menarik serta efektif
Animasi ialah paparan pantas susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan. Animasi ialah sejenis ilusi optik pergerakan disebabkan kejadian penerusan penglihatan dan boleh dihasilkan dan didemonstrasi dalam pelbagai cara. Kaedah persembahan animasi yang paling laris ialah sebagai program wayang gambar atau video. Namun juga terdapat cara-cara lain untuk mempersembahkan karya animasi.
Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik. Ianya juga merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik. Animasi merupakan antara elemen multimedia yang paling diminati serta mendapat perhatian ramai kerana ianya mampu menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam realiti. Ianya juga membolehkan sesuatu yang agak sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej-imej statik disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan maklumat juga dapat menceriakan proses penyampaiannya. Ia juga membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik berbanding penggunaan teks semata-mata.
Di samping itu, animasi juga mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian para penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan. Animasi berperanan bagi menceriakan lagi persembahan sesebuah informasi, membantu untuk menerangkan sesuatu konsep yang kompleks dengan mudah serta mampu menarik perhatian pengguna dengan mudah. Kewujudan animasi dalam sebuah Web akan menambah kesan hidup dan penggunaannya akan membuatkan Web memerlukan waktu yang lebih lama untuk di muat turun. Web sangat sesuai dalam penggunaan animasi.
Penggunaan animasi tidak hanya berupa gambar yang bergerak. Tapi juga boleh dalam bentuk video. Animasi, seperti media-media lain mempunyai peranan yang tersendiri dalam bidang pendidikan khususnya bagi membantu meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan antara beberapa kepentingan atau kelebihan animasi sekiranya digunakan dalam bidang pendidikan iaitu animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik. Ini membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenaisuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipetakan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman.
Selain itu, animasi digital mampu menarik perhatian pelajar dengan mudah. Ianya juga mampu menyampaikan sesuatu mesej dengan lebih pantas berbanding penggunaan media yang lain. Pelajar juga mampu memberi tumpuan yang lebih lama kepada media yang bersifat dinamik berbanding media yang bersifat statik. Ini jelas dengan adanya animasi di dalam multimedia ia dapat membantu masyarakat dalam penggunaanya.
PENGGUNAAN MULTIMEDIA DI DALAM BIDANG PENDIDIKAN
Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenal serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbentukan computer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian ramai.
Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan potensi besar dalam mengubah cara seseorang belajar. Cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebaginya. Ia juga memberi peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran. Sumber maklumat serta rujukan bukan lagi terikat dengan teks dari buku semata-mata tetapi lebih luas dari itu.
Kewujudan teknologi multimedia menerusi internet menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah dan pantas. Kehadiran komputer serta teknologi moden yang berkaitan dengannya di dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud di dalam pembelajaran tradisi.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam berbentukan computer, penggunaan computer adalah menumpu kepada cara dan strategik persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat. Teks isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan dengan menggunakan media-media yang lebih menarik.
Oleh itu jelas perkembangan dalam teknologi multimedia yang tidak dapat disangkalkan lagi kepentingannya. Teknologi ini semakin popular dan digunakan dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung.
Dunia pendidikan juga tidak terkecuali dari merasai bahang dari teknologi tersebut dan ianya semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Oleh yang demikian, setiap pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan sama ada sebagai pendiddik, pelajar, pentadbir dan sebagainya haruslah bersedia untuk bergerak seiring dengan arus perkembangan teknologi tersebut. ini bagi memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan tidak ketinggalan dan seterusnya mungkin tidal lagi relevan dengan keperluan masyarakat semasa.
No comments:
Post a Comment